28.3.15

Program Hari Ladang, Pejabat Pertanian Daerah Sepang

 Assalamualaikum wm wbt,

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, team Mentah Agromart telah diberikan ruang dan peluang untuk terlibat di dalam Program Hari Ladang anjuran Pejabat Pertanian Daerah Sepang. Program yang diadakan pada 7 Mac 2015 di Pusat Pertanian Labu Lanjut dirasmikan oleh En. Mohamad Idrus bin Ab Hamid dengan moto "Jihad Memerangi Orang Tengah".








Terima kasih kepada En Basri yang sudi memberikan peluang ini pada kami. Semoga ianya akan membantu memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang sistem fertigasi dan hidroponik yang sedia ada dan membantu meningkat ekonomi peniaga-peniaga yang terlibat.

Terima kasih

27.3.15

Berbakti kepada tanah


Alhamdulillah, plot fertigasi yang ditanam dihadapan kedai bermula awal bulan Mac 2015 kini membuahkan hasil. Walaupun bukan di tanam di atas tanah, namun berbakti pada tanah masih relevan untuk cerita ini. Terima kasih



5.1.15

Testimoni: Penghantaran Barangan Cendawan

Salam 1Malaysia,
Antara barangan produk cendawan yang telah siap sedia untuk dihantar kepada pelanggan kami di Sarawak.
Terima kasih atas pesanan.

2.1.15

Selamat Tahun Baru 2015

Selamat Tahun Baru kepada semua pembaca dan pelanggan Mentah Agromart. Semoga tahun ini menjanjikan kejayaan dan kebaikan kepada kami dan anda semua.

Terima kasih


10.6.14

FLORIA Putrajaya kembali lagi!


Kunjungi FESTIVAL BUNGA & TAMAN PUTRAJAYA 2014 @ Persisiran Tasik, Presint 4, Putrajaya dari 14-22 Jun.
FLORIA 2014 akan mempamerkan bunga Begonia, tumbuhan berbunga yang berasal di iklim subtropika dan tropika lembap. Terokai pelbagai spesis dan warna bunga ini di Taman Begonia.

Pelbagai tarikan disediakan di Floria 2014. Rebutlah peluang untuk membeli-belah dengan memilih dari pelbagai tumbuh-tumbuhan dan aksesori taman, nikmati haruman dan pemandangan bunga, atau bergembira dengan lebih 200 aktiviti harian yang disediakan. Jumpa anda di sana!
Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan sila ke page rasmi Putrajaya Floria(diuruskan oleh pihak urusetia) di https://www.facebook.com/Floria2013
http://floriaputrajaya.com.my/

Kompleks Perbadanan Putrajaya
24, Persiaran Perdana, Precinct 3
62675 Putrajaya, Malaysia.
Tel : 603 8887 7137, 7771, 7774
Fax : 603 8887 5000
enquiry@floriaputrajaya.com.my

16.5.14

Projek Fertigasi SMK Kelana Jaya (Bah. 2)

Salam 1Malaysia,

Selesai sudah projek fertigasi ini dilaksanakan dengan jayanya dalam masa satu hari. Terima kasih kepada Cikgu Nor Azura kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk memperkenalkan sistem fertigasi ini kepada sekolah cikgu. Diharapkan ianya dapat membantu murid-murid mengenai pemahaman tentang sistem ini dan meningkat kesedaran mereka tentang kepentingan tanaman secara fertigasi.

50 buah set polybag sudah disiapkan



Tong hitam 100Gallon disediakan untuk projek ini

Sistem pengairan secara automatik digunakan
Kepada mereka yang berminat, sila hubungi kami untuk maklumat lanjut. Terima kasih

15.5.14

Projek Fertigasi SMK Kelana Jaya (Bah. 1)

Salam 1Malaysia,
Pada awal bulan Januari 2014, kami telah menyiapkan satu projek fertigasi 50 pokok di SMK Kelana Jaya. Projek yang dikendalikan oleh cikgu Azura ini diharapkan dapat membantu murid-murid terutama di kelas Pendidikan Khas agar dapat memahami konsep pertanian fertigasi dan akhirnya dapat menambah minat mereka terhadap pertanian.
Pintu masuk SMK Kelana Jaya
Perkakasan untuk pemasangan projek
Tapak kosong yang akan sedia diubahkan menjadi projek fertigasi



Sabut blok digunakan untuk projek ini

Nuffnang Ads

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails