1.4.10

Fertigasi di Rawang

Baru-baru ini, team Mentah Agromart telah ke Sg Buaya, Rawang membantu seorang kawan di sana yang berminat untuk mengusahakan penanaman fertigasi secara kecil-kecilan. Beliau telah menggunakan tanah kosong di sebelah rumah beliau untuk dijadikan tapak tanaman fertigasi. Sebanyak 160 pokok berjaya disediakan di dalam kawasan berkeluasan 20x30 kaki ini. Semoga usaha yang beliau lakukan mendapat pulangan yang dapat meringankan beban kewangan beliau. Syabas dan terima kasih kepada En Yazid Omar.

En Yazid bersama anak pokok pertama yang ditanam


160 polybag disediakan untuk fertigasi secara kecil-kecilan

10 comments:

  1. Assalamualaikum,

    160 polibeg sahaja.. Apakah keperluan bagi meningkatkan kepada 2,000 polibeg ?

    Perkiraan saya begini;
    160 polibeg memerlukan satu orang pekerja
    2,000 polibeg memerlukan satu orang pekerja juga..

    Terdapat kawasan di Sg Buaya;
    mungkin dapat produktiviti yang lebih tinggi,
    mungkin dapat guna kawasan tersebut,
    mungkin dapat sumber air bukit percuma,
    mungkin dapat guna EM,

    Cuba pergi dekat kuil hindu..
    Cuba masuk melepasi kandang lembu..
    Cuba tanya orang disitu..
    Cuba tengok kalau dia boleh membantu..
    Cuba tanya dia boleh guna kawasan disitu..
    Cuba buat perancangan yang jitu..

    Mudah mudahan hasil En Yazid berlipat ganda.

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam

    pantun yang menarik, kena en yazid sendiri yg kena balas nie

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,

    Adalah ini saya harapkan
    Menjana duit aktiviti pertanian
    Kepada En Yazid harap dimaklumkan
    Semoga beliau dapat bantuan
    Usaha beliau dapat dipertingkatkan
    Agar fertigai menemui kejayaan
    Dengan hasil yang memberangsangkan
    Projek En Yazid jadi rujukan
    Petani lain boleh ditunjukkan
    Mentah Agromart tingkatkan jualan

    Alang alang ber fertigasi, biar sampai 2,000 pokok cili

    ReplyDelete
  4. Waalaikumsalam,

    En Yazid begitu mengerti,
    Hasrat hati menanam cili,
    2000 pokok memang dihajati,
    Apakan daya, belum ada rezeki,
    Tanah diminta tak pasti lagi,
    Mungkin tuah tak nampak di kaki,
    Esok lusa jika diberi,
    Pasti berjaya hingga dihormati

    Tunggulah sampai ada berita nanti

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum,

    Ulang Siaran :-

    Terdapat kawasan di Sg Buaya;
    mungkin dapat produktiviti yang lebih tinggi,
    mungkin dapat guna kawasan tersebut,
    mungkin dapat sumber air bukit percuma,
    mungkin dapat guna EM,

    Cuba pergi dekat kuil hindu..
    Cuba masuk melepasi kandang lembu..
    Cuba tanya orang disitu..
    Cuba tengok kalau dia boleh membantu..
    Cuba tanya dia boleh guna kawasan disitu..
    Cuba buat perancangan yang jitu..

    Mohamad Aslan

    ReplyDelete
  6. SALAM EN.YAZID,

    BERAPEKAH KOS SEMUANYE SEKALI UTK PROJEK MINI INI?

    AZLAN - 012-2377132

    ReplyDelete
  7. Salam En Azlan,

    Untuk projek di Rawang, kos asas ialah RM1k merangkumi sistem piping, polybag, sabut+sekam, tangki, water pump, digital timer dan baja AB.

    ReplyDelete
  8. rm1k?biar betul?murahnye..bkn rm10k ke?ok sy nk tanye en.yazid pakai pump brape HP?

    ReplyDelete
  9. salam..saya dari politeknik ingin bertanya..adakah sukar bagi pihak tuan puan untuk mengisi tanah dalam polybag...saya ingin membuat satu mesin yang boleh mengisi tanah dalam polybag..adakah penting bagi pihak tuan???? untuk projek akhir sya...

    ReplyDelete
  10. Salam, setakat ini tiada keperluan untuk mesin sebegini kerana proses ini (memasukkan tanah) tidak rumit dan tidak susah

    ReplyDelete

Nuffnang Ads

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails