17.8.10

Pokok Cili Padi Bara

Di kebun Kg Semarang, kami mencuba tanaman cili padi Bara, saiznya lebih kurang cili padi kampung dan pedasnya lebih lagi. Dalam kebun ada lebih kurang 400 pokok cili padi Bara. Insya-allah kami akan terus mencuba dan melihat perkembangan pokok cili yang lain.
Pokok - pokok cili padi Bara yang ada di tanam di kebun Kg Semarang
Benih Cili Padi Bara ada dijual di Mentah Agromart
Ciri-ciri:
  • Sesuai di tanam di tanah rendah atau tinggi
  • Mempunyai buah berwarna hijau terang dan berkilat
  • Buah bersegi tiga dengan hujung yang runcing
  • Ukuran buah boleh mencapai 3.5cm panjang dan 0.7cm diameter
  • Mempunyai rasa yang pedas
  • Varieti ini mempunyai cabang yang banyak, rendah dan sangat produktif
  • Menghasilkan buah selepas 115 hari disemai
  • Mampu mengeluarkan hasil sehingga 0.5kg setiap pokok

7 comments:

  1. Mampu mengeluarkan hasil sehingga 0.5kg setiap pokok- ....sepnjg musim ke??

    ReplyDelete
  2. ya betul, bergantung pada cara dan kaedah penanaman yang dijalankan

    ReplyDelete
  3. salam
    ada soalan..
    cili padi tu, bila berbuah, bijinya nanti boleh dijadikan benih lagi tak?
    (maksudnya boleh tumbuh lagi tak, biji nya?)

    satu paket brapa gram, berapa RM?
    tqs

    D'Inai agro

    ReplyDelete
  4. cili padi ni boleh dibuat benih, tapi perlu dilakukan mengikut proses yang betul, jika tidak kualitinya akan sedikit menurun

    stok sekarang tiada lagi, sebab pengeluar dari indonesia dah lama tak dengar berita. sekarang kami jual cili padi siam, satu pek 20gram ~1000 biji rm38

    ReplyDelete
  5. Dah ada stok untuk cili bara?

    ReplyDelete
  6. belum ada lagi, tak tau la supplier ni boleh produce lagi ke tak

    stok sekarang tiada lagi, sebab pengeluar dari indonesia dah lama tak dengar berita. sekarang kami jual cili padi siam, satu pek 20gram ~1000 biji rm38

    ReplyDelete
  7. Ingin betmula tanam cili bara secara polibag. Berapa packagenya?

    ReplyDelete

Nuffnang Ads

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails