7.3.11

Produk Baru: Bokashi E.M.


Baja organik bermikrob BOKASHI E.M. adalah sejenis baja organik serbaguna yang unik dihasilkan dengan teknologi dan kejuruteraan terbaik dari Jepun dengan menggunakan Bakteria Aerobik untuk proses permentasi dan pengeringan secara asli, menjadikannya sejenis baja organik terbaik untuk berinteraksi dengan tanah dan alam semulajadi.
Beberapa penyelidikan telah membuktikan bahawa baja organik bermikrob seperti BOKASHI E.M. ini mendatangkan kebaikan kepada tanah dan tanaman kerana kandungan organik, nutrien, dan mikrob berfaedah (E.M) di di dalamnya boleh meningkatkan dan memperbaiki pengudaraan dan saliran air dalam tanah, membantu perkembangan mikro flora yang berfaedah di dalam tanah seterusnya meningkatkan ketersediaan nutrien yang dapat diserap oleh tanaman daripada tanah, walaubagaimana pun tambahan PEMULIH TANAH kepadanya melengkap dan menambahkan lagi keberkesanannya.
Kelebihan Baja Organik BOKASHI E.M.
  • Mengandungi mikrob berfaedah (E.M) dan sebilangan besar kandungan nutrien dalam bentuk organik.
  • Meningkatkan dan memperbaiki kandungan nutrien dalam tanah.
  • Memperbaiki keadaan pengudaraan dan pegangan air untuk perkembangan akar yang lebih sihat.
  • Mengurangkan kadar kemasaman dan keasidan tanah.
  • Mengandungi kandungan humic asid, amino asid dan unsur mikro yang tinggi.
  • Mengurangkan proses larut resap dan kehilangan nutrien.
  • Meningkatkan kadar pertukaran kation (cec) untuk meningkatkan daya pengambilan nutrien oleh tanaman.
  • Mesra alam, mengandungi 100% bahan organik “Biodegradeable”
  • Bebas dari bakteria pathogen, benih rumput dan tidak berkulat.
  • Boleh dicampur/digaul dengan PEMULIH TANAH supaya lebih berkesan.
Kadar Penggunaan:
  • SAYURAN DAUN (Kobis, Sawi, Kailan, Kangkong, Bayam, Salad, Bawang dll) – Gaulkan 1kg baja dengan setiap 2-5 meter persegi sebelum menanam. Tambah dengan PEMULIH TANAH dengan nisbah 5:1 untuk hasil yang terbaik.
  • SAYURAN BUAH (Kekacang {cth: Kacang Panjang, Kacang Buncis}, Terung, Bendi, Tomato, Petola, Peria, Cili, Tembikai dll) – Gaulkan 1kg baja dengan setiap 2-3 meter persegi sebelum menanam. Tambah dengan PEMULIH TANAH dengan nisbah 5:1 untuk hasil yang terbaik.
  • BUAH-BUAHAN MUDA (Kelapa sawit, Limau Madu, Mempelam, Jambu BAtu, Ciku, Nangka, Rambutan, Koko, Belimbing, Betik, Durian, Pisang dll) – Campurkan dengan PEMULIH TANAH sebelum digaul dengan tanah polibeg. Apabila mengubah ke tanah, isikan 1-2kg/paket campuran baja + PEMULIH TANAH (nisbah 5:1) ke dalam setiap lubang tanaman sebelum menanam. Taburkan 2kg baja + PEMULIH TANAH (nisbah 5:1) setiap pokok dengan kekerapan 2 bulan sekali. * Penggunaan PEMULIH TANAH bersama-sama BOKSHI E.M. atau baja organik lain akan lebih berkesan disamping menjimatkan penggunaan baja dan racun.
  • BUAH-BUAHAN MATANG (sama seperti jenis buah-buahan muda) – Kadar bermula dari 3-5kg setiap pokok dengan kekerapan 3-4 kali setahun. Gunakan PEMULIH TANAH dengan nisbah 5:1.
  • POKOK BERBUNGA (Semua Tanaman Berpasu Atau Dalam Polibeg) – Gaulkan 50-100gm/pasu/polibeg @ 20-40kk untuk 1 kubik meter tanah semaian. Tambah PEMULIH TANAH jika perlu.
  • JAGUNG - 30-50gm setiap pokok. Gaul dengan PEMULIH TANAH sebelum guna dan tabur dipangkal.
  • PADI - Gunakan 2 guni = 80kg bagi serelung atau 3 guni = 120 kg bagi 1 ekar. Gunakan PEMULIH TANAH dengan kadar nisbah 10 bahagian BOKASHI E.m + 1 bahagian PEMULIH TANAH.

2 comments:

  1. As salam dan Salam Sejahtera

    PERHATIAN KEPADA PEMINAT TUMBUHAN

    Go-Grow Chitosan bahan biopolimer semulajadi diperbuat dari kulit udang, ketam dan kerang yang mengandungi keajaiban untuk semua jenis tanaman. Go-Grow Chitosan bukan BAJA atau bahan TOXIC/KIMIA. Bagaimana ia bertindak?

    1. Perangsang Pembesaran Tumbuhan Untuk tanaman, Chitosan berfungsi sebagai perangsang untuk tumbuhan menyerap nutrien dan baja dengan semula jadi dan sempurna serta meningkatkan daya tahan atau imun tanaman itu sendiri. Kesan Chitosan pada tanaman boleh dilihat selepas penggunaan kali kedua (atau 10 hari) sahaja. Pada peringkat permulaan, daun tanaman akan menjadi hijau terang, segar dan putik atau bunga akan mula bercambah dengan banyak.

    2.Membantu Pembajaan Tanah Ia membantu mikrob menguraikan nutrisi bukan organik kepada bentuk organik agar boleh diambil oleh tanaman. Ia membantu membaiki keberkesanan sistem akar untuk lebih cekap menyerap zat makanan dalam tanah untuk dihantar kebahagian lain tanaman. Ia juga bekalkan kalium dan unsur zat-mikro dalam tanah yang sering kekurangan.

    3. Anti Fungal Chitosan menghalang serangan oleh kulat dan ia juga membentuk lapisan kompoun fenolic yang menghalang sebarang kemasukan (penetration) sebarang patogen kulat. Chitosan menghalang reproduksi patogen termasuk menghalang gene yang akan mengeluarkan ‘protease inhibators’ yang menghalang serangan serangga pada tanaman.

    4.Bio Pesticide Apabila chitosan dibubuh pada tanah, ia akan membantu membentuk persekitaran sesuai bagi mengaktifkan bakteria pemakan chitin menghapuskan kulat (fungus) dan telur nematod dan organisma mengandungi chitin yang lain. Kulit kerang juga didapati akan menggalakan pengeluaran(secretion) enzim chitonase yang akan menguraikan chitin pada telur kuutu daun, telur nematod dan patogen lain. Kahadiran chitin pada keling tumbuhan ini sebagai biopestide asli (natural biopesticide) menyebabkan ia tidak memberi kesan toksik kepada haiwan lain seperti ikan, burung, tumbuhan lain dan organisma berfaedah.

    5. Preservatif Lapisan membran Chitosan dapat mengawal buah-buahan dan bunga-bunga ornamental daripada menjadi kuning atau coklat dan buah-buahan menjamin kualiti dengan cara menahan kandungan antosianin, flavonoid, dan semua polifenol dalam buah-buahan dari meningkat. Kajian membuktikan bahawa kitosan filem segar penyimpanan boleh mengelakkan buah-buahan dan sayur-sayuran (termasuk pic, pear, gooseberry Cina, timun, lada, anggur, strawberi, mangga, tomato, dan lain-lain) daripada mendapat reput dan rosak. Ia membantu memanjangkan masa penyimpanan dan jangka hayat. Bagaimana ia berfungsi: Membran Chitosan boleh menghalang kedua-dua penyerapan oksigen dan limpahan Karbon yang disebabkan oleh respirasi buah-buahan. Tetapi ia mendorong gas etilena yang bocor keluar, yang menghasilkan buah-buahan selepas menjadi masak. Melalui cara ini, ia menghalang kulat dari pembiakan dan menangguhkan buah-buahan dari masak.

    (Atikel keberkesanan Kitosan kepada pembesaran tanaman- http://www.slideshare.net/gatot2811/chitosan-as-plant-growth-promoters)

    Sila kontak saya untuk maklumat lanjut. Pertanyaan agen seluruh Semenanjung dialu-alukan.
    Terima kasih

    Salleh S Mohamed
    019-2288433 (Tel/whatsapp)
    salleh.mohamed@gmail.com
    www.cbs-malaysia.com/index.php/chitosan/

    ReplyDelete

Nuffnang Ads

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails