18.11.12

Pameran MAHA 2012 kini kembali


Bermula 23 November sehingga 2 Disember 2012, pameran dwi-tahunan terbesar MAHA berkaitan produk pertanian, penternakan dan pertanian perlancongan bakal menemui pengunjung di MAEPS Serdang Selangor. Tahun ini, team Mentah Agromart tidak berkesempatan untuk menyertai gerai jualan dan pameran.  Mungkin lain kali insya-Allah.

Kepada semua peminat pertanian, jangan lupa untuk turut serta memeriahkan program ini. Jumpa anda di sana.

Untuk maklumat lanjut, layari MAHA2012.

17.8.12

Salam Aidilfitri 1433H



Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin.

Untuk makluman, kedai kami menutup operasi dari 17 Ogos 2012 sehingga 26 Ogos 2012. Kami akan beroperasi seperti biasa pada 28 Ogos 2012 (hari Isnin). 
Kami ingin memohon maaf di atas segala
 keterlanjuran dan salah silap kami. Kami amat menghargai sokongan daripada para pelanggan kami dan juga daripada peminat kami :)

Berhati-hati di jalanraya dan semoga selamat pergi dan kembali ke kampung halaman masing-masing. Semoga hari lebaran ini akan memberikan keceriaan kepada anda semua. Jumpa lagi wassalam.

26.6.12

Putrajaya bakal perkenal insurans pertanian

Salam 1Malaysia, berita gembira buat petani di Malaysia. Kalau insurans pertanian ini bakal dilaksanakan, ia pasti akan menyelamat dan melindungi petani dari kerosakan atau kecelakaan di atas hasil pertanian mereka.

KUALA LUMPUR, 25 Jun — Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar (gambar) hari ini mengumumkan Putrajaya dijangka akan memperkenalkan insurans pertanian bagi membantu para petani untuk melindungi hasil tanaman mereka daripada ancaman iklim dan bencana alam yang tidak menentu.




Selanjutnya disini..

27.4.12

Teras Strategi Lautan Biru Kebangsaan 3 - Pengeluaran Rock Melon Fertigasi

Salam 1Malaysia, projek rock melon secara fertigasi telah dilancarkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak semalam di Sepang. Wah, nampaknya sistem fertigasi semakin mendapat sambutan hangat. Semoga pengeluaran makanan pertanian secara fertigasi akan terus berkembang maju.

Rujuk dibawah untuk berita penuh:


NAJIB sambil diperhatikan Noh dan Zahid memetik  Rockmelon  di tapak tanaman Rockmelon teknologi fertigasi selepas majlis pelancaran NBOS 3  Sepang, semalam.

Projek Fertigasi SK Taman Melawati 2 - Bhg. 3

Salam 1 Malaysia,
Maaf kerana tidak sempat mengemaskini blog dan update projek terkini kami ini. Kesibukan sedikit sejak kebelakangan ini. Tertangguh dengan urusan kerja, keluarga dan bisnes, tapi alhamdulillah boleh curi-curi masa siapkan posting terkini.

Posting sebelum ini - Bhg 1 dan Bhg 2

Inilah hasil daripada projek fertigasi SK Taman Melawati. Projek mini ini diselitkan dengan kemasan pelindung bumi (weed mat), mahal tapi berkualiti dan tahan lama. Ada jaminan 2 tahun dari kilang lagi.  Tahan sehingga 5 tahun. Dengan hanya bermodalkan kurang dari RM500, projek ini berjaya disiapkan.
Hasil Projek Mini Mentah Agromart
MR Dripper sedang beraksi
Tong air siap dengan tong baja
video

Terima kasih kepada Cikgu Marini dari SK Taman Melawati 2 diatas kesudian anda. Kepada yang berminat bolehlah menghubungi kami untuk maklumat lanjut.

p/s: Kami juga sempat meninjau Taman Sains di sekolah ini sambil ditemani oleh beberapa ekor arnab di dalam zoo mini sekolah.

27.3.12

Projek Fertigasi SK Taman Melawati 2 - Bhg. 2

Salam 1Malaysia,

Untuk bahagian 1 projek ini boleh rujuk disini.

Hasil lawatan team Mentah Agromart ke SK Taman Melawati 2, kami telah menyediakan kertas cadangan untuk projek fertigasi tersebut. Dibawah ialah cadangan dari kami:
Kawasan Tapak Fertigasi - Pandangan Hadapan
Kawasan Tapak Fertigasi - Pandangan Sudut
Cadangan Tangki dan Plug Point
Hasil perbincangan dengan pihak sekolah, pengubahsuaian dilakukan sedikit terutama pada tangki dan plug elektrik untuk memastikan keselamatan pengunjung terutama murid-murid sekolah.
2 minggu kemudian, kami telah pergi ke sekolah SK Taman Melawati 2 untuk menyiapkan tugasan kami seperti yang dipersetujui:
Persediaan awal - polibeg dan sabut sudah siap dimasukkan
Penyediaan Tapak Projek
Penyediaan Tangki dan Paip Sekunder
Penyediaan Baja Fertigasi
Nantikan hasil terakhir projek kami. Terima kasih.

15.3.12

Projek Fertigasi SK Taman Melawati 2 - Bhg. 1

Salam 1Malaysia,

Pada 26 Februari 2012, team Mentah Agromart telah melawat tapak kawasan di SK Taman Melawati 2, di atas kesudian Cikgu Marini menggunakan khidmat kami untuk membina kawasan mini fertigasi di Taman Sumber Sains sekolah.


Sekolah Kebangsaan Taman Melawati 2, Kuala Lumpur
Taman Sumber Sains
Kami telah mengadakan perjumpaan di kawasan tersebut dan mengesyorkan pembinaan set mini fertigasi di kawasan yang agak kecil. Lagipun untuk projek fertigasi di sekolah, ianya lebih kepada pendedahan kepada guru-guru dan murid-murid tentang konsep fertigasi. Projek mini lebih sesuai kerana kos yang lebih rendah, tempat yang terhad dan penjagaan yang lebih mudah.

Tapak Cadangan Mini Fertigasi
Pada akhir lawatan, kami meminta pihak sekolah menyediakan tempat untuk tong siraman air dan plug elektrik. Nantikan bahagian kedua untuk cadangan pembinaan dari kami.
Tapak Cadangan Tong Siraman dan Baja
Jumpa lagi..

2.2.12

Selamat Ulang Tahun Kedua

1 Februari 2012 - tahun kedua Mentah Agromart telah beroperasi. Kami masih diperingkat muda, banyak lagi yang perlu dipelajari dan diberi tunjuk ajar. Panduan dan kritikan diterima dengan hati yang terbuka. Terima kasih di atas sokongan dan doa sekalian pengunjung dan pelanggan-pelanggan kami, juga kepada pembekal-pembekal kami.

Terima kasih juga kepada ahli keluarga Mentah Agromart yang telah bekerja keras di dalam memastikan pengurusan dan perjalanan syarikat berjalan dengan lancar.

Promosi tahun ini seperti biasa akan berjalan selama sebulan bermula dari 1 Februari 2012 sehingga 29 Februari 2012. Jadi, jangan ketinggalan untuk mendapatkan diskaun pada barang-barang terpilih.


  • SET MINI FERTIGASI MANUAL RM80 / AUTOMATIK RM150 (DISKAUN RM20)
  • BAJA A+B (DISKAUN 20%)
  • - 100 LITER RM150  RM120
  • - 50 LITER RM90 RM72
  • - 10 LITER RM30 RM24
  • TANAH BERBAJA 3 BEG PERCUMA 1
  • BAJA CACING 4 BEG PERCUMA 1
  • BENIH SAYURAN 10 PEK PERCUMA 1
  • PASU - PASU (DISKAUN SEHINGGA 50%)

Selagi stok masih ada. Terima kasih.

25.1.12

Selamat Tahun Baru Cina 2012


To all our Chinese customers and suppliers, also to all our Fan and Facebook friends, Happy Chinese New Year 2012. May the Year of Dragon will give you a prosperous and happiness throughout the year.

Thank you for your support to our business.

p/s: picture credit here

12.1.12

Hari Peladang Penternak Nelayan Kebangsaan

Jom meriahkan program HPPNK 2012 tahun ini
Hari Peladang Penternak Nelayan Kebangsaan

Tarikh : 13 hingga 16 Januari 2012
Masa : 10.00 pagi - 10.00 mlm
Tempat : Padang Bandaran Parirt Buntar, Kerian, Perak

Majlis Perasmian diadakan pada 14 Januari 2012 (Sabtu) jam 10.00 pagi oleh YAB Perdana Menteri
Majlis Penutupan akan diadakan pada 16 Januari 2012 (Isnin) jam 10.00 pagi oleh YB Menteri

Sumber:
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia
Lembaga Pertubuhan Peladang

10.1.12

Fertigasi Nangka Madu - Part 3

Penyelesaiannya:

Kami telah menyediakan pelan fertigasi untuk memastikan projek yang dilaksanakan berjalan dengan lancar. Walaupun anggaran kasar telah dibuat, namun sedikit sebanyak ada perubahan dan penambahbaikan terpaksa dilakukan untuk menjayakan projek ini. Pelan yang telah dipersetujui ialah seperti berikut:


Dan hasilnya ialah:
Projek pengairan menggunakan sistem graviti untuk menyiram anak-anak pokok nangka secara berterusan. Kawasan kebun yang berbukit tinggi dan berteres menyukarkan air untuk sampai ke kawasan tersebut. Kawasan yang mempunyai sumber mata air atas bukit atau anak sungai amat sesuai dengan konsep pengairan sebegini. Tambahan pula tanpa sambungan elektrik dan punca air terawat, amat sukar untuk menyediakan sistem pengairan menggunakan pam. Justeru, konsep pengairan graviti ialah jalan penyelesaian yang Mentah Agromart telah sediakan.
Kawasan kebun yang sudah siap di pasang paip fertigasi
Pokok - pokok nangka madu yang ditelah siap di pasang penitis. Air keluar pun banyak


Paip utama di bahagian mata air terpaksa diperlahankan sedikit kerana jumlah isipadu air yang keluar daripada penitis agak banyak. Takut banjir pokok dibuatnya.
Pada akhirnya, anak-anak pokok nangka madu ini sudah siap dipasang dan disiram dengan air dari punca mata air atas bukit. Kami amat berbesar hati dapat membantu En Fadhil menyiapkan projek pengairan untuk anak-anak pokok nangka madu beliau. Lagi 2-3 tahun bolehlah merasa hasilnya, insya-Allah.
Kepada mereka yang mempunyai masalah yang sama, dan ingin mendapatkan khidmat nasihat dan konsultansi dari kami, silalah berhubung terus dengan kami. Sekian jumpa lagi.


P/S: Alang-alang singgah di Jelebu, sempat juga kami memborong buah-buah durian di sana. Puas makan dan enjoy :)

9.1.12

Fertigasi Nangka Madu Jelebu - Part 2

Sambungan dari Part 1:

Penyelesaian:

Hasil dari tinjauan dan lawatan ke kebun En Fadhil, kami telah membuat anggaran dan menyediakan pelan untuk pemasangan paip pengairan untuk membasahi anak-anak pokok nangka madu.

Aktiviti 1:
Penyediaan perkakasan dan keperluan projek ini dimulakan sejak awal pagi. Kami terpaksa meredah anak sungai sambil membawa 3 gulung paip 32mm dan 3 gulung paip 16mm. Juga termasuk keperluan sambungan dsb.
Meredah anak sungai
Barang-barang yang disediakan
Aktiviti 2:
En Fadhil telah menyediakan tangki air 250 gallon (second-hand) di kebun. Kami dikehendaki membawa tangki air ini ke atas bukit untuk menggantikan tangki air yang sedia ada (tong 100 liter) yang lebih kecil.
Aktiviti yang memenatkan - bawa tangki naik bukit. Fuuhhhh!!
Tangki Lama vs Tangki Baru
Aktiviti 3:
Pemasangan Paip Utama dijalankan. Turut dipasang ialah penapis air (disc filter) 32mm bagi memastikan air yang disalurkan tidak menyumbat sistem yang akan dipasang. Penyambungan paip air 32mm dari punca hingga ke bawah dilakukan untuk memastikan sumber air yang sedia ada sentiasa mengalir pada setiap pokok.
Paip utama siap dipasang pada tangki baru
Aktiviti 4:
Pemasangan Paip Sekunder dilaksanakan. Paip 16 mm dipasang dari hujung ke hujung kebun melalui setiap teres dan lorong anak-anak pokok. Ini bagi memastikan microtube dan dripper dapat disalurkan ke setiap pokok. MT Valve turut dipasang pada teres yang belum dibersihkan lagi. En Fadhil akan buat pemasangan sendiri.

Aktiviti 5:
Pemasangan microtube dan penitis (dripper). Aktiviti ini dilakukan pada pada sebelah petang. Setakat 80 pokok berjaya dipasang. Kami akan memastikan setiap bahagian dan lubang yang dibuat tidak tersumbat atau tersekat. Juga memastikan penitis dalam keadaan baik.
Aktiviti 6:
Tugasan terakhir ialah menghidupkan saluran Paip Utama dan membaiki mana-mana kerosakan dan kekurangan pada setiap sambungan. Mana yang bocor atau tersumbat kami betulkan.
Hasil projek ini.......tunggu Part 3

5.1.12

Fertigasi Nangka Madu Jelebu - Part 1

Salam 1Malaysia,

Team Mentah Agromart telah didatangi oleh seorang pelanggan En Fadhil dari Cheras. Beliau yang sudah bersara baru mengusahakan tanaman Nangka Madu di kebun beliau iaitu di Jelebu.

Kawasan rata di bahagian bawah bukit
Sudut yang berbeza
Masalah:
Kebun beliau terletak di lereng bukit, mempunyai sumber mata air di bahagian atas bukit. Masalahnya, kawasan tersebut agak tinggi dan menyukarkan beliau untuk mengusahakan kebun bersama-sama isteri dan anak-anak beliau. Kawasan yang agak tinggi menyukarkan pengairan ke setiap pokok yang baru ditanam. Beliau meminta pandangan dan nasihat dari Mentah Agromart.

Penyelesaian:
Kami telah mengunjungi kebun En Fadhil di Jelebu pada 30 Disember 2011. Perjalanan memakan masa hampir 1 jam dari Dengkil ke Jelebu melalui jalan Semenyih-Broga-Lenggeng. Sampai di sana, memang kawasannya tidak jauh dari laluan jalan utama tetapi perlu meredah anak sungai setakat paras buku lali.

Melawat sumber mata air di atas bukit
Tong sedia ada yang digunakan untuk pengairan dan meracun
Hasil pemerhatian dan tinjauan kami, memang kawasan ini sudah siap berteres, sudah dibersihkan dan ditanam dengan 80 pokok anak nangka madu. En Fadhil berharap Mentah Agromart dapat memberikan jalan penyelesaian yang sesuai untuk membuat pengairan di kebun beliau tambahan pula musim panas akan menyebabkan tanah kering dan mungkin merosakkan pokok.
Pandangan dari atas kebun
En Fadhil meninjau keadaan kebun. Adakah akan berubah nanti?
Nantikan posting kami yang kedua untuk jalan penyelesaian dari Mentah Agromart.

1.1.12

Selamat Tahun Baru 2012

Salam 1 Malaysia,

Kepada semua pengunjung, pelanggan dan pembekal yang dihormati dan disayangi, kami Team Mentah Agromart ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012. Tahun ini merupakan tahun kedua semenjak Mentah Agromart ditubuhkan. Kalau hendak dibandingkan dengan manusia, usia 2 tahun masih diperingkat bayi. Baru pandai berdiri dan berjalan, masih banyak yang perlu dipelajari dan ditempuhi.

Begitu juga dengan anda, tahun 2012 sarat dengan keazaman dan iltizam baru, semangat yang tinggi serta kekuatan mental dan fizikal menjadi penentu kepada kelangsungan kehidupan. Bagi kami, sokongan dan dokongan daripada anda yang membolehkan kami terus hidup dan berkembang.

Mungkin satu hari nanti, kita akan melihat sebuah syarikat yang akan berdaya saing di masa hadapan. Hanya masa yang menentukan. Terima kasih atas sokongan anda.

Nantikan tawaran-tawaran menarik dari kami pada bulan hadapan sempena ulang tahun ke 2 Mentah Agromart. Selamat Tahun Baru 2012 dan semoga ceria selalu. Wassalam.

Nuffnang Ads

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails