31.10.13

Menanam di ruang terhad rumah anda


Salam 1Malaysia,

Pernahkah anda terfikir untuk bercucuk tanam dirumah pangsa/flat atau dibalkoni rumah tetapi disebabkan kerana ruang yang terhad, cita-cita dan impian anda telah terbantut? Bagaimana pula mereka yang mempunyai rumah teres tetapi hanya ada laman yang sempit?

Teknologi sedia ada boleh membantu anda mencipta tempat untuk anda bercucuk tanam. Begini caranya:

Hujung bulan lalu saya menjenguk bahagian belakang rumah yang sempit dan rapat dengan lorong belakang, akibat pengubahsuaian dan penambahan dapur. Hanya yang tersisa ialah dinding rumah yang rapat dengan lorong belakang.

Idea timbul setelah melihat-lihat barangan di kedai hardware yang boleh digunakan untuk membuat tempat untuk bercucuk tanam. Melihat kepada tempat letak split unit aircond di luar rumah menyebabkan saya cuba untuk menggunakan besi tersebut sebagai alas. Dan hasilnya..
Rak-rak dilekat pada dinding rumah
Untuk persediaan, bahan-bahan yang diperlukan ialah:
Rak set aircond split - jumlah unit bergantung kepada saiz dinding rumah anda. Rak ini biasanya didatangkan sekali dengan wall plug dan skru. Untuk projek di rumah saya memerlukan 4 set rak tersebut.

Peralatan yang diperlukan:
1. Drill dan mata drill batu
2. Tukul
3. Skru driver
4. Spanar hidup
5. Sarung tangan dan pelindung mata (tambahan sahaja)

Pandangan sisi
Langkah-langkah penting:
1. Pastikan dinding anda sudah dibersihkan dan dicuci
2. Pasang rak besi terlebih dahulu
3. Ukur dan tandakan jarak lubang mengikut kesesuaian dan kehendak anda
4. Rak boleh disusun secara melintang atau menegak dan boleh diluncur bahagian pendek atau panjang dibawah
5. Tebuk lubang seperti yang telah ditanda
6. Masukkan wall-plug dan skru, kemudian letakkan rak mengikut lubang skru dan ketatkan nut.
7. Wall-plug bertindak untuk mengembang didalam dinding apabila skru diketatkan, jadi ia menghalang skru dari keluar.
8. Ketatkan semua skru di dinding dan di rak. Gerakkan pelapik besi mengikut saiz pasu yang hendak diletakkan.
9. Rak anda sudah siap untuk diisi.
Pandangan Hadapan
Rak sudah sedia untuk digunakan
Rak diisi dengan pasu
Pelbagai saiz pasu yang diletakkan
Ruang yang terhad sudah dihias dengan menarik
Kepada anda diluar sana, selamat mencuba dan jadikan pertanian sebagai satu hobi yang menarik. Terima kasih

9.9.13

Geran SKMM "Get Malaysian Business Online"

Salam semua,

Alhamdulillah, kami baru mendapat panggilan daripada Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) berkaitan Geran RM1,000.00 untuk program "Get Malaysian Business Online" (GMBO). Insya-Allah di dalam proses kelulusan. Terima kasih kepada kerajaan di atas bantuan yang disalurkan.
Status permohonan
Kepada usahawan online di luar sana yang berminat dengan program ini, sila layari disini. Tarikh tutup ialah pada 31 Disember 2013. Jangan ketinggalan.

Antara informasi tentang GMBO seperti yang diambil daripada laman sesawang mereka.
GET MALAYSIAN BUSINESS ONLINE
1.S:Apakah itu Get Malaysian Business Online?
 J:Get Malaysian Business Online adalah inisiatif Kerajaan yang diumumkan dalam Bajet 2013 oleh Perdana Menteri bagi membantu 50,000 usahawan mikro terutamanya wanita untuk melonjakkan perniagaan atas talian. Geran RM1,000 akan diberikan kepada pemohon yang layak.
   
2.S:Apakah syarat untuk mendapatkan geran Get Malaysian Business Online?
 J:Syarat-syarat permohonan:
  1. Warganegara Malaysia berumur 18-65 tahun dengan keutamaan kepada usahawan wanita;
  2. Pendaftaran/Lesen Perniagaan/Syarikat;
  3. Pendaftaran nama domain (.com.my/.my/.net.my/.edu.my/.org.my) dan laman sesawang yang aktif;
  4. Mempunyai langganan perkhidmatan telekomunikasi jalur lebar atau menjadi ahli berdaftar di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M);
  5. Akaun bank tempatan atas nama usahawan/perniagaan/syarikat yang digunakan untuk perniagaan; dan
  6. Keutamaan kepada usahawan mikro - jumlah pekerja (sepenuh masa) tidak melebihi 10 orang atau pendapatan tidak melebihi RM 200,000 setahun.
Selamat maju jaya!!

3.9.13

Mentah akan Berhijrah & Berpindah

Salam kepada semua terutamanya pengunjung dan pelanggan kami,

Setelah lebih 3 tahun beroperasi di Cybervalley Commercial Centre Dengkil, kami mengorak langkah untuk membesarkan operasi kami di tempat lain. Demi untuk memenuhi keperluan pelanggan dan meningkatkan senarai produk dan barangan jualan, kami terpaksa berpindah ke tempat yang lebih luas dan boleh menampung keperluan permintaan pelanggan.

Untuk itu, mulai 1 OKTOBER 2013, kami akan memulakan operasi di tempat baru iaitu di Kampung Semarang, Dengkil. Lokasi yang baru terletak tidak jauh dari lokasi kedai sekarang. Hanya dalam jarak 6km mengikut jalan lebuhraya dan susur ke jalan Bangi Lama. Alamat baru kami:

Mentah Agromart,
Lot 789, Kg. Semarang,
d/a PT3433 Bt. 30,
Tanah Rancangan Revolusi Hijau,
Jalan Kajang-Dengkil,
43800 Dengkil,
Selangor

Semoga perjalanan Mentah Agromart selepas ini akan berjalan dengan lebih lancar.

Peta Lokasi Baru Kedai
Tapak Kedai di dalam pembinaan

10.7.13

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1434H

Salam 1Malaysia,

Kita akan menyambut bulan Ramadhan, bulan penuh keberkatan dan keampunan. Semoga semua pengunjung blog kami mendapat pahala yang berlipat kali ganda menerusi amalan berpuasa, bersedekah dan amal soleh yang lain.
Seperti tahun-tahun yang lalu, ketika tiba bulan Ramadhan, kami akan membuka dan menutup operasi kedai lebih awal dari biasa. Waktu operasi kami di bulan Ramadhan ini ialah dari jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang setiap hari Isnin sehingga Sabtu dan tutup seperti biasa pada hari Ahad dan cuti umum.
Terima kasih atas sokongan anda, teruskan bertani dan berkebun walaupun di bulan Ramadhan. Mudah-mudahan anda mendapat rezeki yang berpanjangan. Amin...

19.6.13

Festival Bunga dan Taman 2013 - Putrajaya

Salam 1Malaysia,

Setiap tahun, kami tidak ketinggalan untuk turut serta mengunjungi festival ini..anda bila lagi??


Festival Bunga dan Taman 2013
Tarikh: 22-30 Jun 2013
Lokasi: Presint 2, Pesisiran Putrajaya
Tema: Orkid - Khazanah Tropika

Waktu Operasi:
9.00 pagi - 10.00 malam (Isnin - Khamis)
9.00 pagi- 12.00 tengah malam (Jumaat - Ahad)

YURAN MASUK: PERCUMA


Tarikan Utama


Maklumat lanjut, layari laman web disini dan Facebook Event disini

Jumpa disana...

8.6.13

Projek Pengairan: Pusat Jagaan Seri Nobel, Bandar Puteri, Puchong Selangor

Salam 1Malaysia,

Pada bulan March 2013, kami berpeluang memasang set pengairan untuk digunakan di Pusat Jagaan Seri Nobel. Pusat asuhan kanak-kanak ini terletak di Bandar Puteri, Puchong Selangor.

Projek pengairan ini dapat membantu menguruskan tanaman pokok pasu di tempat ini supaya pokok-pokok pasu senantiasa disirami walaupun jika ketiadaan pekerja atau tuan rumah.
En. Nazri sedang menyiapkan tangki
En Marzuki turut membantu
Pam air diuji terlebih dahulu sebelum digunakan sepenuhnya
 Tugasan dilakukan dalam setengah hari sebab tidak melibatkan banyak pokok. Dan hasilnya...

Pasu-pasu yang siap diatur untuk pengairan
Pasu dipasang dengan penitis
Terima kasih kepada Pusat Jagaan Seri Nobel atas kesudiaan menggunakan perkhidmatan kami. Semoga dengan adanya sistem pengairan automatik ini, dapat memudahkan pekerjaan dan memastikan pokok-pokok sentiasa sihat dan segar.

Jika anda berminat dengan sistem pengairan sebegini, sila hubungi kami untuk mendapatkan sebarang maklumbalas. Terima kasih

21.5.13

Produk berkaitan Penanaman Getah

Salam semua,

Untuk makluman semua, kami ada menjual beberapa produk berkaitan penanaman getah. Selain daripada baja, kami juga ada menjual cuka getah, serbuk pengeras, lampu dan pengasah.

Barangan lain seperti mangkuk getah, spring, sudu juga ada di dalam senarai tetapi barangan ini perlu ditempah dahulu.

Terima kasih





6.4.13

Projek Fertigasi dan Sprayer di Institut Pendidikan Guru Malaysia, Nilai - Bahagian 3 (Akhir)

Alhamdulillah, akhirnya selepas 2 hari projek fertigasi dan sprayer telah berjaya disiapkan. Sistem fertigasi perlu diselaraskan bersesuaian dengan kaedah pembelajaran. Manakala sistem sprayer menggunakan spray jet dipasang dengan paip di gantung di atas sesuai digunakan untuk kawasan nurseri. Hasilnya...


Sistem sprayer sedang diuji. Macam kabus airnya keluar..



Semoga projek ini akan mendapat manfaat kepada semua bakal-bakal guru yang menjalani latihan disini. Kami doakan anda berjaya menjadi guru dan seterusnya melahirkan insan-insan yang cemerlang dunia akhirat. Terima kasih

Bahagian 1 dan Bahagian 2 disini.

5.4.13

Projek Fertigasi dan Sprayer di Institut Pendidikan Guru Malaysia, Nilai - Bahagian 2

Salam,

Hasil perbincangan dengan kontraktor utama, kami telah menyediakan pelan lakaran dan pemasangan yang bersesuaian. Kemudian selepas mendapat input daripada pihak IPGM sendiri, beberapa perubahan dilakukan untuk disesuaikan dengan projek.

Hari pertama kami melaksanakan projek:
Tapak projek dipasang dengan jaring netting hitam ketelusan 70%
Kerja - kerja pemasangan paip utama

Kerja - kerja pemasangan tangki utama
Tangki utama dipasang dengan pam air. Kelihatan punca elektrik dipasang dengan penutup kalis air
Kerja - kerja mengisi sabut kelapa  ke dalam polibeg
Polibeg - polibeg yang telah siap diisi dengan sabut kelapa
 Kerja - kerja yang dijalankan bermula dari pagi sehingga petang. Pemasangan tangki utama bersama paip utama (saiz 32mm) dan paip sekunder (saiz 16mm) perlu disiapkan dalam masa satu hari kerana esok hanya perlu siapkan susunan dan 'fine tuning' sahaja. Alhamdulillah kerja-kerja selesai seperti yang dijangka walaupun cuaca amat terik.

Rujuk disini untuk Bahagian 1 dan sambungan Bahagian 3 (Akhir)


4.4.13

Projek Fertigasi dan Sprayer di Institut Pendidikan Guru Malaysia, Nilai - Bahagian 1

Salam semua,

Disebabkan kesibukan kerja, tak sempat nak update blog untuk bulan lepas walaupun ada banyak aktiviti-aktiviti yang berlangsung.

Pada awal tahun 2013, kami telah diberi peluang menjadi sub-kontraktor untuk satu projek pertanian iaitu di Institut Pendidikan Guru Malaysia, Nilai. Institut yang terletak di Negeri Sembilan ini hanya bersempadan dengan Bandar Enstek dan Kg. LBJ. Merupakan satu kawasan pendidikan baru yang menempatkan beberapa institusi pendidikan lain seperti Politeknik Nilai, Institut Aminuddin Baki, English Language Training Center, dan Kolej Tunku Kurshiah. Baca selanjutnya mengenainya disini dan disini.
Photo credit : http://taufiqjamal2703.blogspot.com
Lokasi Rumah Hijau IPGM yang menempatkan sistem pendidikan akuarium dan binatang dalam sangkar (seperti hamster)
Lokasi tapak fertigasi dan sprayer hanya dibelakang rumah hijau. Berkongsi tempat dengan tapak semaian dan nurseri
Kelihatan kelas-kelas pendidikan di sebelah kiri atas bukit
Luas kawasan di dalam anggaran 40 kaki x 40 kaki
Tujuan projek fertigasi dan sprayer ini dijalankan ialah sebagai tapak pendidikan kepada semua bakal-bakal guru yang menjalani latihan perguruan di sana. Nantikan sambungan projek kami. Terima kasih

Bahagian 2 dan Bahagian 3 (Akhir) disini

3.4.13

Apa itu pertanian dan sejarahnya?

Salam,

Jom kita belajar sedikit ilmu tentang pertanian:

Pertanian ialah pengeluaran makanan dan barangan melalui perladangan, penternakan, dan perhutanan. Ia merupakan perkembangan utama yang membawa kepada kebangkitan tamadun, dengan penanaman dan penternakan mewujudkan lebihan makanan dan seterusnya membolehkan pembangunan masyarakat yang lebih padat dan berstrata. Kajian pertanian dikenali sebagai sains pertanian.

Selanjutnya disini

26.2.13

Harian Metro - Ruangan Agro - Tauke Benih Cendawan

Salam semua,

Rakan Niaga Mentah Resources di dalam akhbar Harian Metro hari ini 26 Februari 2013. Ucapan tahniah dari kami dan semoga terus cemerlang..

Baca disini

18.2.13

Mentah sudah 3 Tahun


Salam semua,

Februari 2013 genap Mentah Agromart berumur 3 Tahun. Kami meraikan tahun ini dengan kejayaan - kejayaan manis. Antaranya:

1. Membuka laman web berbayar dengan Bahasa Inggeris. Layari disini.


2. Mendapat statistik pengunjung untuk blog kami sehingga melebihi 30,000 pengunjung


3. Mendapat pageview untuk blog sehingga melebihi 100,000 kali


4. Facebook Fanpage kami melebihi 750 orang


Terima kasih kepada semua pengunjung, pembeli, rakan-rakan niaga, pembekal di atas sokongan dan dokongan anda. Juga terima kasih buat keluarga Mentah Agromart, semoga kita lebih maju di tahun-tahun yang mendatang. Happy 3rd Birthday Mentah Agromart!!

Nuffnang Ads

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails