6.4.13

Projek Fertigasi dan Sprayer di Institut Pendidikan Guru Malaysia, Nilai - Bahagian 3 (Akhir)

Alhamdulillah, akhirnya selepas 2 hari projek fertigasi dan sprayer telah berjaya disiapkan. Sistem fertigasi perlu diselaraskan bersesuaian dengan kaedah pembelajaran. Manakala sistem sprayer menggunakan spray jet dipasang dengan paip di gantung di atas sesuai digunakan untuk kawasan nurseri. Hasilnya...


Sistem sprayer sedang diuji. Macam kabus airnya keluar..



Semoga projek ini akan mendapat manfaat kepada semua bakal-bakal guru yang menjalani latihan disini. Kami doakan anda berjaya menjadi guru dan seterusnya melahirkan insan-insan yang cemerlang dunia akhirat. Terima kasih

Bahagian 1 dan Bahagian 2 disini.

5.4.13

Projek Fertigasi dan Sprayer di Institut Pendidikan Guru Malaysia, Nilai - Bahagian 2

Salam,

Hasil perbincangan dengan kontraktor utama, kami telah menyediakan pelan lakaran dan pemasangan yang bersesuaian. Kemudian selepas mendapat input daripada pihak IPGM sendiri, beberapa perubahan dilakukan untuk disesuaikan dengan projek.

Hari pertama kami melaksanakan projek:
Tapak projek dipasang dengan jaring netting hitam ketelusan 70%
Kerja - kerja pemasangan paip utama

Kerja - kerja pemasangan tangki utama
Tangki utama dipasang dengan pam air. Kelihatan punca elektrik dipasang dengan penutup kalis air
Kerja - kerja mengisi sabut kelapa  ke dalam polibeg
Polibeg - polibeg yang telah siap diisi dengan sabut kelapa
 Kerja - kerja yang dijalankan bermula dari pagi sehingga petang. Pemasangan tangki utama bersama paip utama (saiz 32mm) dan paip sekunder (saiz 16mm) perlu disiapkan dalam masa satu hari kerana esok hanya perlu siapkan susunan dan 'fine tuning' sahaja. Alhamdulillah kerja-kerja selesai seperti yang dijangka walaupun cuaca amat terik.

Rujuk disini untuk Bahagian 1 dan sambungan Bahagian 3 (Akhir)


4.4.13

Projek Fertigasi dan Sprayer di Institut Pendidikan Guru Malaysia, Nilai - Bahagian 1

Salam semua,

Disebabkan kesibukan kerja, tak sempat nak update blog untuk bulan lepas walaupun ada banyak aktiviti-aktiviti yang berlangsung.

Pada awal tahun 2013, kami telah diberi peluang menjadi sub-kontraktor untuk satu projek pertanian iaitu di Institut Pendidikan Guru Malaysia, Nilai. Institut yang terletak di Negeri Sembilan ini hanya bersempadan dengan Bandar Enstek dan Kg. LBJ. Merupakan satu kawasan pendidikan baru yang menempatkan beberapa institusi pendidikan lain seperti Politeknik Nilai, Institut Aminuddin Baki, English Language Training Center, dan Kolej Tunku Kurshiah. Baca selanjutnya mengenainya disini dan disini.
Photo credit : http://taufiqjamal2703.blogspot.com
Lokasi Rumah Hijau IPGM yang menempatkan sistem pendidikan akuarium dan binatang dalam sangkar (seperti hamster)
Lokasi tapak fertigasi dan sprayer hanya dibelakang rumah hijau. Berkongsi tempat dengan tapak semaian dan nurseri
Kelihatan kelas-kelas pendidikan di sebelah kiri atas bukit
Luas kawasan di dalam anggaran 40 kaki x 40 kaki
Tujuan projek fertigasi dan sprayer ini dijalankan ialah sebagai tapak pendidikan kepada semua bakal-bakal guru yang menjalani latihan perguruan di sana. Nantikan sambungan projek kami. Terima kasih

Bahagian 2 dan Bahagian 3 (Akhir) disini

3.4.13

Apa itu pertanian dan sejarahnya?

Salam,

Jom kita belajar sedikit ilmu tentang pertanian:

Pertanian ialah pengeluaran makanan dan barangan melalui perladangan, penternakan, dan perhutanan. Ia merupakan perkembangan utama yang membawa kepada kebangkitan tamadun, dengan penanaman dan penternakan mewujudkan lebihan makanan dan seterusnya membolehkan pembangunan masyarakat yang lebih padat dan berstrata. Kajian pertanian dikenali sebagai sains pertanian.

Selanjutnya disini

Nuffnang Ads

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails