9.9.13

Geran SKMM "Get Malaysian Business Online"

Salam semua,

Alhamdulillah, kami baru mendapat panggilan daripada Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) berkaitan Geran RM1,000.00 untuk program "Get Malaysian Business Online" (GMBO). Insya-Allah di dalam proses kelulusan. Terima kasih kepada kerajaan di atas bantuan yang disalurkan.
Status permohonan
Kepada usahawan online di luar sana yang berminat dengan program ini, sila layari disini. Tarikh tutup ialah pada 31 Disember 2013. Jangan ketinggalan.

Antara informasi tentang GMBO seperti yang diambil daripada laman sesawang mereka.
GET MALAYSIAN BUSINESS ONLINE
1.S:Apakah itu Get Malaysian Business Online?
 J:Get Malaysian Business Online adalah inisiatif Kerajaan yang diumumkan dalam Bajet 2013 oleh Perdana Menteri bagi membantu 50,000 usahawan mikro terutamanya wanita untuk melonjakkan perniagaan atas talian. Geran RM1,000 akan diberikan kepada pemohon yang layak.
   
2.S:Apakah syarat untuk mendapatkan geran Get Malaysian Business Online?
 J:Syarat-syarat permohonan:
  1. Warganegara Malaysia berumur 18-65 tahun dengan keutamaan kepada usahawan wanita;
  2. Pendaftaran/Lesen Perniagaan/Syarikat;
  3. Pendaftaran nama domain (.com.my/.my/.net.my/.edu.my/.org.my) dan laman sesawang yang aktif;
  4. Mempunyai langganan perkhidmatan telekomunikasi jalur lebar atau menjadi ahli berdaftar di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M);
  5. Akaun bank tempatan atas nama usahawan/perniagaan/syarikat yang digunakan untuk perniagaan; dan
  6. Keutamaan kepada usahawan mikro - jumlah pekerja (sepenuh masa) tidak melebihi 10 orang atau pendapatan tidak melebihi RM 200,000 setahun.
Selamat maju jaya!!

3.9.13

Mentah akan Berhijrah & Berpindah

Salam kepada semua terutamanya pengunjung dan pelanggan kami,

Setelah lebih 3 tahun beroperasi di Cybervalley Commercial Centre Dengkil, kami mengorak langkah untuk membesarkan operasi kami di tempat lain. Demi untuk memenuhi keperluan pelanggan dan meningkatkan senarai produk dan barangan jualan, kami terpaksa berpindah ke tempat yang lebih luas dan boleh menampung keperluan permintaan pelanggan.

Untuk itu, mulai 1 OKTOBER 2013, kami akan memulakan operasi di tempat baru iaitu di Kampung Semarang, Dengkil. Lokasi yang baru terletak tidak jauh dari lokasi kedai sekarang. Hanya dalam jarak 6km mengikut jalan lebuhraya dan susur ke jalan Bangi Lama. Alamat baru kami:

Mentah Agromart,
Lot 789, Kg. Semarang,
d/a PT3433 Bt. 30,
Tanah Rancangan Revolusi Hijau,
Jalan Kajang-Dengkil,
43800 Dengkil,
Selangor

Semoga perjalanan Mentah Agromart selepas ini akan berjalan dengan lebih lancar.

Peta Lokasi Baru Kedai
Tapak Kedai di dalam pembinaan

Nuffnang Ads

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails