31.10.13

Menanam di ruang terhad rumah anda


Salam 1Malaysia,

Pernahkah anda terfikir untuk bercucuk tanam dirumah pangsa/flat atau dibalkoni rumah tetapi disebabkan kerana ruang yang terhad, cita-cita dan impian anda telah terbantut? Bagaimana pula mereka yang mempunyai rumah teres tetapi hanya ada laman yang sempit?

Teknologi sedia ada boleh membantu anda mencipta tempat untuk anda bercucuk tanam. Begini caranya:

Hujung bulan lalu saya menjenguk bahagian belakang rumah yang sempit dan rapat dengan lorong belakang, akibat pengubahsuaian dan penambahan dapur. Hanya yang tersisa ialah dinding rumah yang rapat dengan lorong belakang.

Idea timbul setelah melihat-lihat barangan di kedai hardware yang boleh digunakan untuk membuat tempat untuk bercucuk tanam. Melihat kepada tempat letak split unit aircond di luar rumah menyebabkan saya cuba untuk menggunakan besi tersebut sebagai alas. Dan hasilnya..
Rak-rak dilekat pada dinding rumah
Untuk persediaan, bahan-bahan yang diperlukan ialah:
Rak set aircond split - jumlah unit bergantung kepada saiz dinding rumah anda. Rak ini biasanya didatangkan sekali dengan wall plug dan skru. Untuk projek di rumah saya memerlukan 4 set rak tersebut.

Peralatan yang diperlukan:
1. Drill dan mata drill batu
2. Tukul
3. Skru driver
4. Spanar hidup
5. Sarung tangan dan pelindung mata (tambahan sahaja)

Pandangan sisi
Langkah-langkah penting:
1. Pastikan dinding anda sudah dibersihkan dan dicuci
2. Pasang rak besi terlebih dahulu
3. Ukur dan tandakan jarak lubang mengikut kesesuaian dan kehendak anda
4. Rak boleh disusun secara melintang atau menegak dan boleh diluncur bahagian pendek atau panjang dibawah
5. Tebuk lubang seperti yang telah ditanda
6. Masukkan wall-plug dan skru, kemudian letakkan rak mengikut lubang skru dan ketatkan nut.
7. Wall-plug bertindak untuk mengembang didalam dinding apabila skru diketatkan, jadi ia menghalang skru dari keluar.
8. Ketatkan semua skru di dinding dan di rak. Gerakkan pelapik besi mengikut saiz pasu yang hendak diletakkan.
9. Rak anda sudah siap untuk diisi.
Pandangan Hadapan
Rak sudah sedia untuk digunakan
Rak diisi dengan pasu
Pelbagai saiz pasu yang diletakkan
Ruang yang terhad sudah dihias dengan menarik
Kepada anda diluar sana, selamat mencuba dan jadikan pertanian sebagai satu hobi yang menarik. Terima kasih

Nuffnang Ads

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails