14.9.15

Lawatan Sambil Belajar SMK Dato' Abu Bakar Baginda

Salam 1Malaysia,

Pada 10 September 2015 yang lalu, kami telah menerima kunjungan daripada guru-guru dan murid-murid pendidikan khas Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Abu Bakar Baginda. Lawatan yang disertai oleh 4 orang guru dan 15 orang pelajar istimewa ini bertujuan memberikan sedikit pendedahan kepada pelajar-pelajar ini mengenai sistem tanaman hidroponik dan fertigasi. Wakil pihak kami En Marzuki telah memberikan penerangan secara jelas dan turut disertakan sedikit hiburan dan permainan untuk pelajar-pelajar ini mendapatkan ilmu pengetahuan sebaiknya. Terima kasih atas kunjungan anda, semoga mendapat ilmu yang bermanfaat.

















No comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails