Mengenai Kami

Mentah Agromart (001922785-T) dengan rasminya dibuka tanggal 1hb Februari 2010. Pada mulanya terletak di kawasan strategik bersebelahan dengan lebuhraya Maju Expressway yang menghubungkan Putrajaya/Cyberjaya dengan Nilai/KLIA. Pada 1 Oktober 2013, Mentah Agromart telah mengembangkan perniagaan di tempat yang lebih besar dan sesuai untuk menampung keperluan pelanggan dan menambah produk-produk kami. Lokasi baru kami ini terletak di kawasan pertanian Kampung Semarang.

Lokasi Baru
KAMI TELAH BERPINDAH BERMULA 1 OKTOBER 2013. INFO DISINI

Lokasi asal
Mentah Agromart menawarkan barangan keperluan asas untuk pertanian pada harga yang rendah. Setakat ini, kami menyediakan keperluan asas pertanian iaitu untuk kelengkapan asas sistem tanaman fertigasi dan sistem tanaman cendawan. Barangan dari sistem piping fertigasi seperti polybag, polypipe, fitting system, silver shine, EM meter dan PH meter, keperluan untuk baja fertigasi, juga keperluan untuk media semaian seperti Peatmoss, potting tray, cocopeat, sekam bakar dan tidak terkecuali benih-benih fertigasi bermutu tinggi. Keperluan asas untuk cendawan seperti neck, cap, stopper, PP bag, dedak emas dan benih cendawan tiram kelabu yang disediakan melalui kaedah pengkulturan benih.

Kami turut menyediakan barangan keperluan untuk surirumah yang suka berkebun/bertani dengan pelbagai keperluan seperti tanah berbaja, baja organik, baja semburan bunga dan orkid, baja untuk buah, benih-benih bermutu tinggi, pasu-pasu berjenama serta peralatan dan perkakasan asas untuk memulakan pertanian secara kecil-kecilan.

Kepada pembekal dan pemborong untuk pertanian, kami menawarkan harga pukal yang jauh lebih rendah supaya pembekal dan pemborong pertanian dapat bersama-sama mengembangkan perniagaan dengan Mentah Agromart.

Kami boleh dihubungi di alamat yang berikut:
Lot 789, Kg. Semarang,
d/a PT3433 Bt. 30,
Jalan Kajang-Dengkil,
43800 Dengkil,
Selangor
Email : mentahagromart@gmail.com

En. Sharuddin : 011-13092208 / 019-2789062
En. Marzuki : 017-3287325
En. Fadhal : 019-2628759

Terima kasih.


View Larger Map

Nuffnang Ads

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails