Panduan Pembelian Online

Panduan kepada pelanggan-pelanggan Mentah Agromart yang berminat untuk membuat pembelian keperluan dan peralatan pertanian secara dalam talian.

Langkah 1:
Layari blog Mentah Agromart untuk keperluan/input pertanian yang diperlukan.

Langkah 2:
Senaraikan barangan yang diperlukan. Hantarkan pesanan melalui:
a. Melalui laman web - isi borang di sebelah kanan laman web
b. Melalui email - hantarkan pesanan ke alamat email Mentah Agromart
c. Melalui SMS/Whatsapp - hantarkan pesanan anda kepada 019-2628759

Langkah 3:
Team Mentah Agromart akan memberikan jawapan samada melalui e-mail atau sms berkenaan dengan amaun, kos penghantaran dan maklumat akaun bank.

Langkah 4:
Pelanggan akan memasukkan jumlah wang ke dalam akaun bank:
CIMB Bank - 8003429705 atas nama Mentah Agromart

Langkah 5:
Pelanggan perlu memaklumkan maklumat perbankan (Bank, Amaun dan Tarikh) kepada kami melalui Whatsapp, SMS atau email. Pelanggan juga perlu memberikan butiran berikut untuk tujuan penghantaran:

  • Nama Penuh:
  • Alamat Lengkap:
  • No. Telefon:


Langkah 6:
Selepas mendapat pengesahan bayaran, team Mentah Agromart akan segera menghantar pesanan barangan yang dipersetujui dalam tempoh 48 jam. Agen penghantaran kami ialah Pos Malaysia dan KTM Distribution.

Langkah 7:
Pelanggan akan dimaklumkan melalui e-mail/sms maklumat penghantaran : Agen Penghantaran, Tarikh dan No. Tracking Parcel (jika ada). Tempoh penghantaran adalah seperti berikut:
Pos Biasa : Semenanjung 2-5 hari (maksima 14 hari); Sabah/Sarawak/Labuan 5-10 hari bekerja.
Pos Laju : Semenanjung 1-3 hari; Sabah/Sarawak/Labuan 3-5 hari bekerja.
Kapal Laut : 3-4 minggu

Langkah 8:
Pelanggan adalah diharap dapat memberikan maklum balas kepada kami sebaik sahaja menerima pesanan bungkusan tersebut samada melalui sms atau e-mail. Pelanggan yang masih belum menerima pesanan tersebut di dalam tempoh yang dinyatakan di atas diminta menghubungi pihak kami untuk tindakan susulan.

Jaminan Kami
Kami prihatin dengan kebimbangan anda tentang keselamatan urusniaga dalam talian yang kadangkala dicemari dengan mereka yang suka menipu dalam urusniaga. Tetapi, dengan kami - anda tidak perlu khuatir. Ini kerana, Mentah Agromart ialah syarikat yang berdaftar dengan SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) dengan nombor pendaftaran 001922785-T. Anda boleh mengesahkan sendiri kewujudan kami di mana-mana cawangan SSM, atau menggunakan SSM e-Info di sini.

Untuk itu, membeli-belahlah dengan kami dengan yakin !

*tertakluk kepada terma dan syarat*

Nuffnang Ads

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails